Jumaat, 6 Ogos 2010

Tutorial Memusingkan Video

Sekarang manjabeta nak tunjukkan cara - cara nak rotate video pulak. Bagi anda yang dah terambil video secara terbalik, memanjang, jangan risau.Caranya senang aje. Anda cume perlu ada software Windows Movie Maker (WMM) je. Lepas tu ikut je tutorial ni sebijik - sebijik. Ok?. Kite mulakan la ya..

Mula - mula sekali, anda kena lah masukkan video anda ke dalam software WMM. nak masukkan video cuma klik kat import video kat bar sebelah kiri skreen anda.



 Lepas masukkan video, letakkan video anda di timeline kat bawah tu..


sekarang nak bagi effect kat video tu supaya video tu dapat di rotate kan mengikut kehendak anda. Klik kat edit movie dan pilih video effect.



Dekat video effect tu da banyak effect yang kita boleh masukkan. contohnya, nak bagi perlahan video, nak bagi laju, dan sebagainya. tapi sekarang ni tutorial nak rotate video jadi kita buat rotate dulu la ya. Ada banyak pilihan rotate ni macam kat gambar bawah ni.



Ok, sekarang tengok kat gambar bawah ni.video ni manjabeta nak bagi terbalik 180 darjah.


bile dah masukkan video kat timeline bawah tu, pilih effect rotate 180. klik dan drag ke video di timeline tu. bila kita letak je kat video tu, dia akan bergabung la..

Dan sekarang cuba play video tu.video akan terbalik..


Save la video tu. Klik kat Finish movie dan pilih save movie to my computer..



Lepas tu rename la video anda dan save la kat mane yang anda suka asalkan nanti senang nak cari balik. Ikut je arahan seterusnya sehingga finish..hehehe




Ha, macam mane, senang kan??.. Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...